Isyarat waktu Waktu Piawai India

isyarat-isyarat waktu resmi dihasilkan oleh Makmal Piawai Waktu dan Frekuensi yang terletak di Makmal Fizik Negara New Delhi, dan digunakan untuk kepentingan komersil mahupun resmi. isyarat-isyarat tersebut berdasarkan jam atom dan disegerakkan dengan sistem jam sedunia yang mendukung Waktu Universal Selaras (Coordinated Universal Time, UTC).

Makmal Piawai Waktu dan Frekuensi tersebut:[18]

  • mempunyai empat jam atom sesium dan rubidium;
  • menyediakan jasa penyiaran berfrekuensi tinggi yang beroperasi pada 10 MHz di bawah tanda panggil ATA untuk menyegerakkan jam pengguna dalam kitaran satu mikrosaat
  • menyediakan jasa penyiaran waktu dan frekuensi piawai berdasarkan satelit Sistem Satelit Nasional India, yang memberikan IST dengan ketepatan dalam kitaran ±10 mikrosaat dan kalibrasi frekuensi hingga ±10−10; dan
  • melakukan kalibrasi waktu dan frekuensi dengan bantuan pengira frekuensi dan perekam fasa berkala piko- dan nanosaat

Waktu yang tepat disiarkan melalui radio All India Radio dan rangkaian televisyen Doordarshan, yang keduanya adalah badan usaha milik negara. Syarikat-syarikat telefon juga mempunyai nombor-nombor telefon yang terhubung dengan salinan (mirror) pelayan waktu yang dapat memberikan hitungan waktu yang tepat. Semakin populer pula adalah pemerolehan waktu menggunakan penerima Sistem Kedudukan Sejagat (Global Positioning System, GPS).[19]

Rujukan

WikiPedia: Waktu Piawai India http://www.es.flinders.edu.au/~mattom/science+soci... http://wwp.greenwichmeantime.com http://wwp.greenwichmeantime.com/ http://wwp.greenwichmeantime.com/info/timezone.htm http://wwp.greenwichmeantime.com/time-zone/asia/in... http://wwp.greenwichmeantime.com/time-zone/asia/in... http://wwp.greenwichmeantime.com/time-zone/asia/in... http://www.hinduonnet.com/mp/2002/01/07/stories/20... http://wwp.india-time.com/indian-time-zones.htm http://www.thehindubusinessline.com